My Add

Wednesday 16 May 2012

FGVH teroka dunia

Daripada Zaharah Othman
LONDON, SELASA, 15 Mei, 2012: Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) semalam, memeterai dua perjanjian dengan dua syarikat terkemuka antarabangsa bagi membolehkan sayap komersial FELDA itu muncul peserta komoditi terbesar dan disegani dunia.

Perjanjian pertama membabitkan usaha sama strategik dengan Louis Dreyfus Commodities Asia Pte Ltd (LDCA) manakala yang kedua memorandum persefahaman (MoU) dengan Vitol S A. bagi kerjasama dalam bidang bekalan, dagangan antarabangsa, pemasaran, operasi logistik dan pengurusan risiko mengenai pelbagai komoditi termasuk minyak dan lelemak.

Dua perjanjian berkenaan bertujuan melantik dua syarikat asing itu sebagai rakan niaga strategik FGVH sempena penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia, akhir Jun ini.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Presiden dan Ketua Eksekutif FGVH, Datuk Sabri Ahmad memeterai perjanjian bagi pihak FGVH manakala LDCA diwakili Ketua Eksekutifnya, Serge Schoen manakala Ahmad Sabri mewakili FGVH manakala Vitol Group diwakili Ketua Pegawai Kewangannya, Jeff Delapina.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyaksikan kedua-dua majlis berkenaan di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia berkata, sebahagian daripada strategi baru FELDA selepas penyenaraian FGVH ialah muncul sebagai antara syarikat komoditi terbesar di dunia dari peringkat huluan hinggalah ke peringkat hiliran.

Pada sidang medianya, Najib berkata, pasaran di luar negara termasuk Eropah, Asia Barat dan juga Russia memerlukan kita menghubungkan FELDA dan FGVH bersama syarikat berasaskan komoditi global lain yang mempunyai jaringan dan mengetahui selok-belok dalam bidang komoditi.

“Saya yakin dan percaya dengan wujudnya perkongsian strategik ini, FGVH boleh muncul sebagai syarikat yang disegani dan antara yang terbesar di dunia,” katanya. 
Mengikut perjanjian dengan LDCA, kedua-dua pihak akan berunding strategi kerjasama meluas bagi cadangan pelaburan syarikat Perancis itu dalam FGVH serta usaha sama pemasaran dan aset hiliran yang akan dilaksanakan.

Perjanjian itu adalah bagi menyatukan kekuatan kedua-dua syarikat berkenaan dalam pengeluaran dan pemprosesan minyak sawit mentah (MSM), manakala LDCA dalam perdagangan MSM dan produk ditapis serta pengurusan risiko aktiviti berkenaan bagi memaksimumkan nilai yang diwujudkan di sepanjang rantaian bekalan untuk menjadi salah satu peserta minyak sawit bersepadu terbesar di dunia. - BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment