My Add

Friday 18 May 2012

Geran Anugerah Merdeka terbuka untuk semua

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 17 Mei, 2012: Pemberian Geran Anugerah Merdeka 2012 yang pertama kali diperkenalkan tahun ini bermatlamat memberi pengiktirafan kepada golongan muda yang berbakat.

Penganugerahan itu diharap dapat menjadi perangsang kepada generasi muda untuk menghayati semangat kemerdekaan serta meneruskan usaha memajukan negara tanpa mengira disiplin yang diceburi.

Penerima geran tersebut akan ditempatkan di institusi antarabangsa yang berprestij selama tiga bulan bagi menimba pengalaman dan kepakaran dalam bidang yang dikhususkan.

Setiausaha Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka, Datuk Mohammad Medan Abdullah berkata, geran tersebut terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 22 hingga 35 tahun.

"Kami mencari seorang anak muda yang berbakat dan mampu mengangkat nama negara tanpa mengira bidang pengkhususan. Justeru, permohonan ini agak kompetitif kerana hanya satu geran ditawarkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment