My Add

Sunday 13 May 2012

Hati-hati pertikai pandangan Majlis Fatwa - Mufti

PEKAN, AHAD, 13 Mei, 2012: Tindakan mempertikaikan fatwa mengharamkan rusuhan jalanan seperti Bersih 3.0 dilihat seperti menidakkan sumber hukum termasuk ayat al-Quran yang menjadi rujukan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, keputusan berkenaan dibuat setelah perbincangan menyeluruh para ulama dalam jawatankuasa tersebut berdasarkan sumber hukum yang mengharamkan perbuatan menghuru-harakan negara.

"Fatwa yang diberikan dibuat kajian terlebih dahulu kemudian dibincangkan di kalangan ulama yang dilantik termasuk pakar universiti dengan merujuk ayat-ayat al-Quran dan hadis. Kalau kita menidakkan keputusan ini bererti kita menidakkan al-Quran, hadis dan syariat itu sendiri.

"Seolah-olah kita cuba untuk meragukan umat tentang pandangan ulama iaitu mufti dalam kes ini. Makna sekarang orang tak percaya kepada mufti dan mereka yang sebarkan keraguan kepada mufti itu akhirnya akan menyebabkan orang tak akan hormat pada agama,'' katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Justeru tegas Abdul Rahman, kecenderungan pihak tertentu untuk menggerakkan perhimpunan jalanan ala `Arab Spring' di negara ini bagi menggulingkan kerajaan adalah haram kerana Islam agama yang menyeru umatnya mentaati pemerintah dan mementingkan jamaah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment