My Add

Wednesday 9 May 2012

Hudud: Pas terus ulangi jawapan yang sama

KOTA BHARU, SELASA, 08 Mei, 2012: Kerajaan Pas Kelantan masih mengulangi jawapan yang sama iaitu ‘serius’ dalam isu pelaksanaan hukum hudud di negeri ini meskipun enakmen berkenaan telah diluluskan 19 tahun lalu iaitu pada 1993.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub buat kesekian kalinya berkata, kerajaan negeri sentiasa konsisten dalam perkara ini (pelaksanaan hudud) dan ia bukan satu retorik.

“Ia satu perancangan serius kerajaan pimpinan Pas dan kita tetap komited (untuk melaksanakan hukum Islam itu) biarpun ada pihak cuba memberi pelbagai persepsi di sebaliknya," katanya dihubungi di sini semalam.

Beliau diminta mengulas tanggapan segelintir masyarakat negeri ini yang telah mula hilang keyakinan terhadap kerajaan Pas dalam isu berkenaan yang sehingga kini belum nampak tanda-tanda ia akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini.

Malah, tidak kurang juga yang menganggap hudud sudah menjadi isu lapuk selain bersifat umpan bagi meraih sokongan pengundi setiap kali menjelang pilihan raya.

Pas Kelantan meluluskan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) menerusi sidang Dewan Undangan Negeri pada tahun yang sama berikutan janji parti itu untuk melaksanakan hukum hudud pada Pilihan Raya Umum 1990. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment