My Add

Monday 7 May 2012

Ibu tiga anak dinobat pembaca bertuah ABPBH

SUBANG JAYA, ISNIN, 07 MEI, 2012: Tuah 20 penyertaan dalam undian Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 memberi peluang kepada ushawan dari Perak, Nor Aini Khalip, 31 dinobatkan sebagai pembaca bertuah. 

Ibu kepada tiga orang anak itu tidak tidak menyangka penyertaan kali pertama memberi tuah kepadanya untuk membawa pulang Nissan Livina X-Gear 1.6 auto sempena ABPBH 2011 di Arena of Stars, Genting, 8 April lalu.

"Saya tidak menyangka penyertaan kali pertama dalam undian ABPBH 2011 memberi rezeki buat saya dan keluarga. Semua ini adalah berkat dorongan dan sokongan penuh suami serta keluarga tercinta," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Hadiah ABPBH 2012 di sini, petang ini. - BH Online

No comments:

Post a Comment