IPOH, RABU 02 Mei, 2012: Polis telah memanggil dua saksi penting bagi membantu siasatan berhubung kenyataan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan pemimpin tentera mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahalan berkata, dua saksi tersebut terdiri daripada pegawai tentera dan anggota polis yang turut mendengar kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu dalam satu ceramah di sini baru-baru ini.
“Setakat ini kita telah panggil dua saksi penting untuk dirakam percakapan mereka dan saksi-saksi lain juga sudah dikenal pasti," katanya kepada pemberita selepas melawat seorang pesara polis yang diserang dalam kejadian samun di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment