My Add

Wednesday 2 May 2012

Lima pencarum disabit kesalahan tipu pengeluaran KWSP

KUALA LUMPUR, RABU, 02 Mei, 2012: Lima ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah kerana menipu atau cubaan menipu pengeluaran bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini.

Semua ahli terbabit telah didakwa di bawah Seksyen 59, Akta KWSP 1991 dan didenda berjumlah RM10,500 oleh mahkamah bagi kesalahan membabitkan pengeluaran perumahan KWSP.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, tindakan mahkamah itu membuktikan komitmen mereka dalam membanteras penipuan pengeluaran di kalangan ahli serta ketegasan polisi toleransi sifar terhadap sebarang bentuk penipuan.

"Ahli diingatkan agar menjauhi segala bentuk penipuan pengeluaran memandangkan proses KWSP dirancang secara teliti bagi membolehkan KWSP mengesan ahli yang telah membuat penipuan pengeluaran walaupun selepas simpanan mereka berjaya dikeluarkan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, laporan polis serta tindakan undang-undang akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang terbabit dalam penipuan pengeluaran.

Mereka yang ingin melaporkan sebarang kegiatan penipuan boleh menghubungi Hotline Anti-Fraud KWSP di talian 03-2616-2121 pada waktu pejabat dari Isnin hingga Jumaat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment