My Add

Wednesday 9 May 2012

Jalan sekitar Stadium Bukit Jalil dijangka sesak Jumaat - Ahad

KUALA LUMPUR, RABU, 09 Mei, 2012: Beberapa jalan di sekitar Stadium Bukit Jalil akan mengalami kesesakan berikutan sambutan ulang tahun UMNO ke-66 yang akan berlangsung dari Jumaat hingga Ahad ini.

Sehubungan itu, Polis Trafik Kuala Lumpur, dalam satu kenyataan, menasihatkan orang ramai supaya menggunakan jalan alternatif sepanjang sambutan itu berlangsung bagi mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Jalan terbabit ialah persimpangan SUKOM (Carefour Sri Petaling), Jalan Merah Cagar, Jalan Barat, Persimpangan Awan Kecil, Jalan Stadium Putra, Lebuhraya Bukit Jalil (Puchong Link) susur Bulatan Lumba Kuda dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dan sebahagian Lebuhraya Maju Express.

Polis akan menutup jalan atau membuat lencongan bergantung kepada keadaan semasa manakala parkir di Stadium Bukit Jalil akan diguna sepenuhnya manakala parkir di Taman Teknologi Malaysia dan Kelab Lumba Kuda akan digunakan untuk bas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment