My Add

Wednesday 2 May 2012

Jawatankuasa Aduan Pelajar di semua IPT

PUTRAJAYA, RABU, 02 Mei, 2012: Semua institusi pengajian tinggi (IPT) diwajibkan menubuhkan Jawatankuasa Aduan Pelajar bagi mendengar serta menyiasat semua aduan yang dikemukakan oleh penuntut.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan sendiri oleh Naib Canselor dan fungsinya memudahkan penuntut menyalurkan aduan mereka.

Menurutnya, penubuhan itu sejajar dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang diluluskan bulan lalu dan dilihat menjadi ruang baru bagi mendengar suara penuntut.

Katanya, jawatankuasa itu akan menjadi saluran untuk pelajar membuat aduan berhubung sebarang ketidakpuasan hati dalam apa saja perkara membabitkan universiti.

"Sebelum ini tiada mekanisme seperti ini, justeru dengan pindaan AUKU ini, kita tidak boleh elak, Naib Canselor perlu mempengerusikannya dan meluangkan masa mendengar aduan pelajar," katanya selepas majlis taklimat media berhubung AUKU dan pembelajaran sepanjang hayat di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment