My Add

Wednesday 2 May 2012

Dana khas RM4 juta bagi peniaga Cina Program Tukar dan Atom

PUTRAJAYA, RABU, 02 Mei, 2012: Kerajaan menyediakan dana khas RM4juta untuk menggiatkan penglibatan kaum Cina dalam Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) dan Program Permodenan Bengkel Automotif (Atom).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, daripada jumlah itu, RM2.6 juta diperuntuk bagi menaik taraf 33 kedai, manakala RM1.4 juta lagi untuk membangunkan 16 bengkel.

"Penglibatan kaum Cina dalam program Tukar ini amat kecil iaitu daripada 519 kedai Tukar tahun lepas, cuma 34 kedai atau tujuh peratus sahaja melibatkan orang Cina.

"Begitu juga daripada 55 projek Atom hanya 12 bengkel iaitu 22 peratus membabitkan orang Cina," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Koperasi Jayadiri Malaysia (Kojadi) dengan Persatuan Peruncitan dan Permotoran bagi projek Tukar dan Atom, di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment