My Add

Friday 4 May 2012

Jenazah Bob Kuman selamat dikebumikan di Kg. Sega Ulu

SEREMBAN, JUMAAT, 04 Mei, 2012: Jenazah pelakon dan pelawak Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd. Rawi, 41, yang meninggal dunia semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Sega Ulu dekat Rantau di sini pada pukul 11.45 pagi.

Jenazah beliau tiba di rumah ibunya Siti Khatijah Yassin, 69, di Kg. Sega Tengah di sini kira-kira pukul 11.15 malam tadi selepas selesai solat jenazah di Masjid Kota Damansara, Selangor.

Bob Kuman meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara pada pukul 4.38 petang semalam selepas menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan paru-paru berair .

Beberapa rakan artis turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham termasuk Datuk Mohd. Shukri Shahabudin atau Hattan, Saiful Apek, Cat Farish, Ellie Suyarti dan Yassin Senario. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment