My Add

Friday 4 May 2012

Lebih 3,000 sertai Larian Bendera UMNO di Pulau Pinang

KEPALA BATAS, JUMAAT, 04 Mei, 2012: Lebih 3,000 ahli UMNO menyertai Larian Bendera Peringkat Negeri yang bermula di Rumah UMNO di sini hari ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan peserta larian itu yang diadakan sempena Ulang Tahun UMNO Ke-66.

Larian yang melibatkan kawasan Bagan, Tasek Gelugor, Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Balik Pulau dan Bukit Bendera itu bermula sebaik sahaja Abdullah menyerahkan bendera Sang Saka Bangsa kepada Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Bendera tersebut diterima UMNO Pulau Pinang daripada Badan Perhubungan UMNO Kedah yang telah menamatkan larian mereka semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment