My Add

Friday 4 May 2012

JUST anjur seminar mengenai Palestin 14-15 Mei ini

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 04 Mei, 2012: Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST) akan menganjurkan Seminar Antarabangsa Kesejahteraan Muslim-Kristian Mengenai Palestin pada 14 dan 15 Mei ini di Quality Hotel City Centre di sini.

Presiden JUST, Dr. Chandra Muzaffar berkata, seminar percuma yang terbuka kepada orang ramai itu akan bermula pada pukul 9 pagi sehingga 5 petang pada tarikh berkenaan.

Beliau berkata, beberapa penceramah dari dalam dan luar negara akan membentangkan kertas kerja dan membincangkan mengenai isu Palestin antaranya daripada Malaysia, India, Korea Selatan, Puerto Rico, Afrika Selatan dan Filipina.

Katanya, seminar yang pertama seumpamanya diadakan di Malaysia itu bertujuan menyebarkan kefahaman orang ramai mengenai perjuangan rakyat Palestin sama ada beragama Islam atau Kristian yang telah lama ditindas di bumi sendiri.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai atau mendapatkan sebarang maklumat lanjut berkaitan seminar tersebut boleh menghubungi ibu pejabat JUST di talian 03-77812494. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment