My Add

Friday 4 May 2012

Kegiatan ekonomi luar bandar rapat jurang pendapatan

PAGOH, JUMAAT, 04 Mei, 2012: Kawasan luar bandar kini turut menjadi tumpuan pembangunan ekonomi melalui Program Transformasi Luar Bandar untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kampung-kampung dalam usaha kerajaan merapatkan jurang pendapatan dengan kawasan bandar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, masyarakat desa perlu merebut peluang yang disediakan dalam program tersebut melalui industri kecil dan sederhana (IKS) dan mikro kerana ia berpotensi menjana pendapatan tinggi seperti di bandar.

"Perkara ini harus diberi tumpuan, zaman sudah berubah di mana kampung-kampung juga boleh menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang pesat yang tidak tertumpu kepada pertanian sahaja tetapi dikembangkan kepada skala lebih besar seperti penghasilan produk makanan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Program Tanggungjawab Korporat (CSR) SME Bank di Balai Raya Kampung Kurnia Sakti, di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada 50 keluarga miskin, wang tunai RM10,000 kepada dua mangsa kebakaran dan 40 unit komputer bagi menjayakan Pusat Komputer 1Malaysia di balai raya itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment