My Add

Sunday 27 May 2012

Kabinet bayangan: Peranan Pas makin mengecil

KUALA TERENGGANU, SABTU, 26 Mei, 2012: DAP dan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka menguasai kesemua portfolio terpenting sekali gus mengecilkan penguasaan Pas dalam Kabinet bayangan pakatan pembangkang jika mereka berjaya menawan Putrajaya kelak.

Portfolio penting yang bakal dikuasai pemimpin DAP dan PKR itu antaranya Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Penerangan.

Pas pula sekadar 'berputih mata' dengan menyandang jawatan di kementerian kurang popular antaranya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah serta kementerian berkaitan hal ehwal agama.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali ketika meramalkan perkara itu berkata, beliau yakin senario tersebut akan berlaku sekiranya pakatan pembangkang menawan Putrajaya selepas pilihan raya akan datang.

"Jika ini berlaku (pakatan pembangkang berjaya tawan Putrajaya), kemungkinan besar enam kementerian penting akan dipegang oleh DAP dan juga PKR manakala Pas hanya untuk kementerian kecil dan tidak penting," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas program Ceramah Perdana Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13): Rakyat Kuasa Penentu di Kampung Gong Pauh, dekat sini malam tadi.

Terdahulu dalam ceramahnya, Hasan berkata, sebaik sahaja Putrajaya berjaya ditawan pakatan pembangkang selepas PRU-13, Malaysia akan dijadikan sebuah republik dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri.

Beliau yang pernah menjadi Naib Presiden Pas selama enam tahun memberitahu, untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri pula, pakatan itu akan menampilkan dua calon iaitu seorang Melayu dan seorang bukan Melayu.

"Untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri, mereka akan minta dua calon, mungkin salah seorang (untuk bukan Melayu) ialah Lim Kit Siang atau Karpal Singh," ujarnya.

Hasan melahirkan kebimbangan, sekiranya impian pakatan pembangkang memerintah Malaysia menjadi kenyataan, rakyat dan negara akan ditimpa 'bencana' paling dahsyat.

Ini kerana jelas beliau, kesemua tiga parti dalam pakatan pembangkang khususnya DAP, pasti menolak mentah-mentah pelaksanaan sistem perundangan Islam yang akhirnya akan menimbulkan huru-hara dan perpecahan Melayu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment