My Add

Sunday 27 May 2012

Azizah Samad berterima kasih amah diberkas segera

KUALA LUMPUR, SABTU, 26 Mei, 2012: Usahawan Datuk Azizah Abd. Samad yang kerugian sejumlah barang kemas milik anaknya selepas dilarikan pembantu rumah warga Indonesia baru-baru ini melahirkan penghargaan di atas kecekapan pihak polis sehingga berjaya memberkas suspek dalam tempoh yang singkat.

Azizah, 61, yang juga Ketua Wanita UMNO Wilayah Persekutuan berkata, tindakan pantas pihak polis yang dibantu oleh orang awam serta media juga membolehkan pembantu rumah warga Indonesia itu ditahan dan dikenakan hukuman penjara selama 18 bulan oleh mahkamah semalam.

"Untuk itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada polis, orang ramai serta media yang membantu menyiarkan gambar suspek sehingga dia berjaya ditangkap," katanya kepadaMingguan Malaysia hari ini.

Pembantu rumah terbabit menghilangkan diri bersama barang kemas bernilai lebih RM20,000 pada Isnin lalu sebaik sahaja Azizah bersama anak perempuannya, Zalilawati Osman, 33, pulang dari pejabat ke rumah teres dua tingkat mereka di SS 7/4 Kelana Jaya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment