My Add

Friday 18 May 2012

'Kami gembira di Malaysia'

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 17 Mei, 2012: Pekerja Bangladesh di negara ini hairan dengan tuduhan Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez kononnya warga negara itu menerima layanan buruk di sini sedangkan mereka amat gembira mencari rezeki di Malaysia.

Malah rata-rata warga negara itu berkata, layanan baik semua lapisan rakyat terhadap kedatangan warga asing bagi meningkatkan sektor ekonomi tempatan merupakan faktor tarikan rakyat Bangladesh ke Malaysia setiap tahun.

Seorang pekerja di stesen minyak, Bimal Mijanur, 35, dari Chowmohani, Bangladesh, berkata, selama hampir tiga tahun bekerja di negara ini, dia beruntung kerana mendapat majikan yang baik serta mengambil berat terhadapnya serta keluarganya di kampung.

"Saya amat gembira di Malaysia. Tiada berlaku layanan buruk kepada kami warga Bangladesh oleh mana-mana pihak, baik pihak berkuasa mahupun majikan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment