BAGAN DATOH, JUMAAT, 18 Mei, 2012: Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenakan syarat tertentu untuk mengadakan muzakarah dengan UMNO menimbulkan persoalan sama ada parti itu benar-benar ikhlas untuk memastikan pertemuan itu menjadi kenyataan.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, adalah tidak memadai sekiranya pelawaan muzakarah itu dibuat atas pertimbangan politik semata-mata, sedangkan ia sepatutnya mencakupi perkara lebih luas terutamanya melibatkan kepentingan umat Islam.
"Kita tahu soalan (pelawaan) muzakarah itu datang dari wartawan, bukan dari Nik Aziz sendiri. Pendirian kita jelas, siapa sahaja hendak bermuzakarah, kita sentiasa terbuka dan paling penting kita tidak kenakan apa-apa syarat.
"Sebab (muzakarah) ini bukan soal politik, tentunya isu-isu yang hendak dibangkitkan ialah tentang umat Islam, usaha memartabat Islam dan tingkatkan darjat Islam," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment