My Add

Saturday 19 May 2012

Mukhriz bertanding kerusi DUN ?

JERLUN, JUMAAT, 18 Mei, 2012: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir menyerahkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk menentukan sama ada beliau akan bertanding sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Ahli Parlimen Jerlun itu berkata, beliau telah menerima beberapa pandangan termasuk 'orang merisik' agar bertanding di kawasan lain namun sebagai ahli parti, beliau yakin pucuk pimpinan lebih arif apa yang terbaik baginya.

"Dalam soal ini saya bersifat terbuka, hendak letak saya di mana sahaja pun sama ada DUN atau Parlimen terpulanglah, kerana yang penting saya akan buat yang terbaik untuk rakyat," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian elaun sara hidup nelayan di Bangunan UMNO Bahagian Jerlun di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment