My Add

Monday 7 May 2012

Kempen membaca perlu diperluas

KUALA PILAH, AHAD, 06 Mei, 2012: Kempen gerakan membaja hendaklah dilakukan dengan lebih meluas supaya hasilnya dapat diperoleh dengan lumayan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh, Datuk Mohammad Kamil Abdul Aziz(gambar) berkata, langkah bijak itu hendaklah disahut dengan positif di kalangan pekebun kerana ia boleh memberi impak kepada tumbesaran tanaman khususnya pokok getah.

''Kita telah pun melihat hasil yang baik dan sebab itulah melalui kempen ini, ia bukan sahaja untuk menghasilkan pokok yang sihat, tetapi juga menjamin hasil yang banyak dan pekebun pula dapat belajar cara membaja yang betul," katanya pada Kempen Gerakan Membaja di Gemencheh, dekat sini baru-baru ini.

Mohammad Kamil yang turut menyertai pekebun kecil dan pegawai Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dalam kempen ini menjelaskan, banyak peruntukan telah diberikan oleh kerajaan khususnya baja bagi memastikan hasil tanaman itu dapat hidup dengan baik. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment