My Add

Monday 7 May 2012

FAMA beri insentif kepada 112 peserta pasar tani

TELOK KEMANG, AHAD, 06 Mei, 2012: Seramai 112 peserta pasar tani seluruh negeri ini menerima insentif daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sempena Program Jimat Belanja Dapur (JBD) bagi fasa ketiga berbentuk sewaan lot percuma bagi tempoh tertentu.

Pengarah FAMA negeri, A. Rahaman Suleiman berkata, insentif itu merupakan satu pembaharuan yang dilakukan selepas fasa pertama dan kedua pada Oktober 2011 dan 20 Januari hingga 19 April lalu memberikan kesan baik kepada peniaga dan pengguna.

''Kita menghargai jasa peserta yang terlibat dalam program ini kerana dapat bersama-sama memberikan harga yang baik kepada pengguna sepanjang tempoh ia berlangsung," katanya di Bandar Springhil, dekat sini baru-baru ini.

Bagi fasa ketiga ini, kesemua 112 peserta dari 12 pasar tani seluruh negeri diberi sewaan lot pasar tani percuma bermula 20 April lalu hinggalah 19 Julai depan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment