MUKHRIZ Tun Mahathir memotong riben merasmikan pembukaan Kopitiam Killiney cawangan Carrefour di Subang Jaya, semalam sambil diperhatikan pemilik Killiney Kopitiam, Kamarul Rizal (kiri).
SUBANG JAYA, RABU, 02 Mei, 2012: Kerajaan akan memantau dan menilai kadar inflasi berikutan kebimbangan peningkatan harga barangan selepas gaji minimum kebangsaan dilaksanakan.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, pengenalan gaji minimum seharusnya meningkatkan kuasa beli pengguna tetapi ia boleh dikawal dengan pemantauan kesan-kesan lain seperti inflasi.
"Kerajaan mahu membantu golongan yang mempunyai pendapatan boleh guna yang terhad menjalani kehidupan yang lebih baik dan selesa.
"Seharusnya semua pihak akan mendapat manfaat terutama bagi industri berkaitan kepenggunaan namun kami tetap akan menilai serta memantau kesan-kesan inflasi sekiranya harga barangan naik," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment