My Add

Thursday 3 May 2012

Tipu: Ahli perniagaan bebas

SHAH ALAM, RABU, 02 Mei, 2012: Ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail yang didakwa menipu seorang wanita berhubung pembekalan pembantu rumah yang tidak wujud, hari ini dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan tersebut oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Nurul Syahida Zainail memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Husnita Mohd. Radzi untuk menarik balik pertuduhan terhadap tertuduh.

Dalam prosiding sebutan hari ini, Noor Husnita memaklumkan pihaknya menerima arahan untuk berbuat demikian selepas pengadu dalam kes itu mahu menarik balik laporannya terhadap Shamsubahrin.

Sehubungan itu beliau memohon agar mahkamah melepaskan tanpa membebaskan tertuduh atas pertuduhan tersebut.

Shamsubahrin, 46, didakwa memperdayakan Aina Naridar Abdullah, 45, untuk membekalkan dua pembantu rumah sehingga mendorong mangsa memasukkan wang RM13,000 ke dalam akaun tertuduh. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment