My Add

Thursday 17 May 2012

Kerjasama polis-media senjata perangi jenayah

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 17 Mei, 2012: Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk, Mohmad Salleh menyifatkan kerjasama baik antara polis dan media sebagai senjata utama dalam usaha pasukan keselamatan itu memerangi jenayah.

Beliau berkata, laporan media mengenai kejayaan polis dalam menangani insiden jenayah turut meningkatkan imej dan kredibiliti pasukan itu di mata masyarakat, sekali gus meningkatkan keyakinan mereka terhadap tahap keselamatan negara ini.

"Saya berharap kerjasama yang baik ini dapat diteruskan daripada semasa ke semasa,” katanya ketika berucap pada majlis Malam Polis Kuala Lumpur Bersama Media dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di sini.

Mohmad menegaskan media perlu melaporkan maklumat yang lebih jelas, seimbang dan tepat mengenai sesuatu isu. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment