My Add

Monday 28 May 2012

Khabar gembira peniaga kecil

*SEBAHAGIAN tetamu menyanyi lagu 1Malaysia pada Majlis Ramah Mesra Warga Penjaja Peniaga Kecil 1Malaysia yang dihadiri Najib Tun Razak di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, malam tadi. - UTUSAN/MOHD NAIM AZIZ

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED dan AZHARI ZAINOODDIN
KUALA LUMPUR, AHAD, 27 Mei, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan berita gembira kepada golongan peniaga dan penjaja kecil apabila menetapkan yuran pendaftaran kali pertama serta pembaharuan lesen cuma RM50 bagi tempoh lima tahun.

Mengakui golongan itu memainkan peranan besar dalam ekonomi negara, Perdana Menteri berkata, kadar tersebut adalah istimewa berbanding bayaran sedia ada antara RM150 hingga RM300.

Jelasnya, bayaran kompaun bagi kelewatan pendaftaran dan pembaharuan lesen juga dikurangkan kepada 50 peratus dan ia akan dilaksanakan untuk tempoh enam bulan bermula 1 Jun hingga akhir tahun ini.

“Ini pemberian istimewa untuk golongan terbabit yang dianggarkan berjumlah lebih satu juta orang daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Salah satu rungutan peniaga adalah soal pendaftaran perniagaan. Namun, ia (pendaftaran) adalah proses yang memberi keuntungan kepada peniaga dan penjaja kecil. Jika ada data lengkap, kita mampu memberikan bantuan sewajarnya.

“Sebab itu kita nak kemaskini pendaftaran supaya satu skim insurans berkelompok dapat kita sediakan. Butiran-butiran ini kita akan teliti dan maklumkan kemudian. Jika peniaga jatuh sakit, mereka tidak ada skim perlindungan dan ia membebankan. Maka kita kena fikirkan skim perlindungan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Warga Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia di Dataran Merdeka di sini.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Datuk Ramli Norani.

Najib mengulas tuntutan yang dibuat oleh Ramli ketika memberikan ucapan aluan mengenai kebajikan golongan peniaga dan penjaja kecil di negara ini.

Perdana Menteri berkata, bagi memastikan nasib peniaga dan penjaja kecil mendapat pembelaan sewajarnya, kerajaan akan meletakkan tanggungjawab itu di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Katanya, kerajaan akan sentiasa memperjuangkan nasib golongan itu termasuk menyediakan pinjaman mikro kredit bagi mengembangkan perniagaan.

“Kita juga sediakan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang selama ini telah memberi pinjaman sebanyak RM2 bilion. Ada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara). Ini hasrat kita supaya golongan itu dapat akses pinjaman dan dapat uruskan perniagaan dengan baik.

“Kita akan terus membela golongan peniaga dan penjaja kecil secara berterusan," tambahnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment