My Add

Wednesday 2 May 2012

Khazanah peroleh semula saham MAS

KUALA LUMPUR, RABU, 02 Mei, 2012: Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) petang ini mengumumkan secara rasmi perjanjian pertukaran saham yang dimeterai antara Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia Bhd (AirAsia) pada Ogos lalu dibatalkan. 

Serentak itu, sayap pelaburan kerajaan itu yang juga pemegang saham terbesar MAS, memperoleh semula kepentingannya dalam MAS yang diberikan kepada Tune Air sebelum ini.

Syarikat induk AirAsia itu pula memperoleh semula pemilikan sahamnya dalam syarikat penerbangan tambang murah yang diberikan kepada Khazanah.
Semua pertukaran itu dibuat mengikut nisbah dan harga sama yang diumumkan pada Ogos tahun lalu, iaitu RM1.60 bagi harga sesaham MAS dan RM3.95 sesaham bagi AirAsia. 

"Urus niaga pertukaran itu juga turut tidak membabitkan sebarang pertukaran wang tunai," menurut Khazanah dalam satu kenyataan petang ini. 

Sebelum ini, Khazanah dan Tune Air masing-masing bersetuju membeli saham sedia ada AirAsia dan MAS yang menyaksikan Tune Air menguasai 20.5 peratus kepentingan dalam MAS, manakala Khazanah memperoleh 10 peratus kepentingan dalam AirAsia. 

Persetujuan MAS dan AirAsia untuk membatalkan perjanjian pertukaran saham itu dilaporkan Berita Harian hari ini.

Tony dan Kamarudin letak jawatan lembaga pengarah 

Sementa itu MAS mengumumkan Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun dari AirAsia Berhad meletak jawatan dari lembaga pengarah syarikat penerbangan nasional itu berkuat kuasa serta merta.

Mereka dilantik sebagai pengarah bebas, bukan eksekutif berikutan perjanjian pertukaran saham antara pemegang saham utama kedua-dua syarikat penerbangan pada Ogos tahun lalu.

Perkara itu diumumkan MAS menerusi kenyataan kepada Bursa Malaysia. - Berita Harian Online

No comments:

Post a Comment