My Add

Saturday 5 May 2012

Kios Informasi 1Malaysia sumber maklumat

*PENGUNJUNG menggunakan kemudahan di Kios Informasi 1Malaysia yang disediakan di RTC Kelantan untuk mendapatkan pelbagai maklumat.

KOTA BHARU, JUMAAT, 04 Mei, 2012: Kios Informasi 1Malaysia yang beroperasi di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di sini sejak dua minggu lalu telah menjadi medium kepada masyarakat setempat untuk memperoleh maklumat.

Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kamal Badrin berkata, dengan beroperasinya kios berkenaan, masyarakat khususnya di negeri ini boleh melayari Internet yang disediakan di sini seterusnya memperoleh maklumat dengan cepat.

Menurutnya, untuk tujuan ini, tiada sebarang bayaran dan had masa dikenakan.

Orang ramai hanya perlu datang dan boleh melayari Internet dengan tujuan mendapatkan maklumat tanpa sebarang sekatan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment