My Add

Friday 25 May 2012

Kit Siang salahkan Utusan Malaysia kenyataan Karpal Singh

KUALA LUMPUR, KHAMIS. 24 Mei, 2012; Penasihat DAP, Lim Kit Siang menafikan Pengerusi DAP, Karpal Singh ada menyebut 'selagi hidup beliau akan terus berjuang untuk memastikan bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri' seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Seperti biasa, Kit Siang menyalahkan akhbar itu berhubung laporan tersebut dengan berkata, apabila DAP muncul di laporan muka hadapan ia berita buruk dan menimbulkan masalah politik kerana ketiadaan etika serta kejujuran dalam penulisan berita.

"Saya bercakap dengan Karpal melalui telefon pada waktu rehat mahkamah. Karpal memberitahu beliau hanya menyebut Perlembagaan membenarkan semua rakyat Malaysia layak menjadi Perdana Menteri tetapi menafikan menyebut selagi hidup.

"Kapal memberitahu, laporan Utusan Malaysia yang menyebut selagi hidup beliau akan terus berju ang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri adalah tidak benar," katanya dalam laman sosial Twitternya hari ini.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan kenyataan Karpal itu meskipun pembangkang ketika ini bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon paling layak memegang jawatan tersebut.

Menurut tokoh veteran DAP itu, beliau secara peribadi menganggap tidak ada undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang bukan Melayu kerana tidak termaktub dalam Perlembagaan bahawa hanya orang Melayu dibenarkan menjadi Perdana Menteri.

"Selagi saya hidup, saya akan berjuang untuk melihat seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri.

"Saya tidak pasti sama ada hasrat untuk melihat bukan Melayu menjadi Perdana Menteri termakbul dalam era saya, namun saya tetap akan memperjuangkan impian ini," katanya.

Pada masa sama, Karpal juga mengakui beliau tersasul menamakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai calon Perdana Menteri bagi mewakili pembangkang selepas perkara tersebut didedahkan beberapa akhbar berbahasa Inggeris. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment