My Add

Sunday 27 May 2012

Laporan polis terhadap pelancaran buku tulisan Irshad Manji

KUALA LUMPUR, SABTU, 26 Mei, 2012: Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis hari ini untuk pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penganjur yang melancarkan bukuAllah, Kebebasan & Cinta tulisan Irshad Manji yang disifatkan telah mencemar agama Islam negara ini.

Seramai 10 wakil NGO berkenaan iaitu dari Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (Irimm) dan Dewan Ekonomi dan Sosial Malaysia (Desmma) membuat laporan polis berkenaan di Balai Polis Setapak kira-kira 1 petang tadi.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu, Presiden IRIMM Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, pengedaran buku itu pada 19 Mei lalu merupakan tindakan yang tidak menghormati negara dan penduduk beragama Islam di negara ini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dilaporkan telah memutuskan bahawa tulisan Irshad Manji dalam buku Allah, Kebebasan & Cinta bertentangan dengan ajaran Islam. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment