My Add

Monday 7 May 2012

Lepasan SPM boleh mula semak kemasukan ke IPTA

KUALA LUMPUR, ISNIN, 07 Mei, 2012: Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan setaraf boleh mula menyemak keputusan permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan politeknik premier bagi sesi akademik 2012/2013 mulai jam 12 tengah hari ini. 

Semakan berkenaan boleh dibuat sehingga jam 12 malam 28 Mei ini.
Unit Pusat Universiti (UPU) dalam kenyataan menerusi laman webnya berkata, pelajar boleh menyemak keputusan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui perkhidmatan mySMS dengan menghantar UPU RESULT [No kad pengenalan] ke 15888 atau hubungi talian bantuan Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi di 03-55692840 untuk sebarang pertanyaan. - BH Online

No comments:

Post a Comment