PARIS, AHAD, 07 Mei, 2012: Francois Hollande dipilih sebagai presiden Sosialis pertama Perancis dalam tempoh dua dekad, sekali gus mengakibatkan kekalahan yang memalukan kepada penyandang jawatan Nicolas Sarkozy.
Keputusan pilihan raya itu memberi impilikasi besar bagi Eropah yang sedang bergelut dengan krisis kewangan dan bagi Perancis, ekonomi kedua terbesar dalam eurozon dan sebagai negara berkuasa nuklear yang menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Dengan hanya undi dari luar negara sahaja yang bakal dihitung, Hollande meraih kemenangan 51.67 peratus undi berbanding 48.33 peratus bagi Sarkozy, menjadikannya presiden Sosialis pertama Perancis sejak Francois Mitterrand melepaskan jawatan tersebut pada 1995. - AFP
No comments:
Post a Comment