My Add

Wednesday 2 May 2012

LHDN terima 1.728 juta BNCP melalui e-filing

*ORANG ramai mengambil nombor pin untuk mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan menggunakan sistem e-filing di Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Kuching, kelmarin.

KUALA LUMPUR 1 Mei - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menerima sebanyak 1.728 juta Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) untuk tahun taksiran 2011 melalui kaedah e-filing tahun ini.

Lembaga tersebut dalam satu kenyataan berkata, jumlah berkenaan menunjukkan peningkatan sebanyak 0.29 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu iaitu 1.723 BNCP. 

"Peningkatan bilangan borang diterima melalui e-filing saban tahun menunjukkan bahawa kesedaran terhadap penggunaan kaedah itu bertambah.

"Ini terbukti bahawa e-filing bukan sahaja mudah, tepat dan selamat malah membantu dalam mempercepatkan proses taksiran cukai serta bayaran balik cukai terlebih bayar," ujar kenyataan berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment