My Add

Wednesday, 2 May 2012

Pakatan pembangkang inda Perlembagaan jika menang

Perlembagaan Persekutuan yang diguna pakai tidak gunakan Islam: Hadi

Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin

KUALA TERENGGANU, SELASAA, 01 Mei, 2012: Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang, berkata pakatan pembangkang akan meminda Perlembagaan negara yang ketika ini meletakkan Islam sebagai agama rasmi kepada Islam sebagai addin, iaitu yang merangkumi seluruh kehidupan manusia, jika dipilih sebagai kerajaan pada pilihan raya umum akan datang. 

Beliau berkata, Perlembagaan Persekutuan yang diguna pakai di negara ini
tidak menggunakan Islam sebagai Addin atau cara hidup, malah ia dirangka oleh orang bukan Islam yang mempunyai ideologi dan teori manusia yang tidak adil kepada umat Islam. "Dalam dunia hari ini manusia mengenali dua pendekatan.

Yang pertama agama..agama mengikut ensiklopedia Barat ialah ajaran yang berkait dengan hubungan manusia dengan tuhan, aspek spiritual dan moral. Yang kedua cara hidup. Ini bergantung dengan ideologi dan teori manusia boleh bebas.

“(Tetapi) Islam adalah Addin. Tiada pemisahan antara agama dan cara hidup..sebab itu Islam itu tidak boleh diterjemah dengan agama saja, tetapi dengan addin..kerana dalam itu ada segala-galanya, termasuk berkait dengan ideologi, teori, aspek spiritual, politik, ekonomi dan sosial. 

“Dalam al-Quran, itu bukan saja ayat berkait dengan akidah, ibadat, tetapi juga undang-undang, malah hubungan antarabangsa pun ada. 

“Oleh itu kita akan buat perubahan ini apabila pakatan memerintah nanti,” katanya selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PasTerengganu Kali Ke-43, di Kubang Lembik di sini, hari ini..

Beliau berkata demikian selepas ditanya wartawan mengenai pendedahan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi isyarat supaya penyokong perhimpunan di ibu negara, Sabtu lalu, merempuh sekatan polis. 

Sementara itu, di KOTA BHARU Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam menegaskan bahawa kekecohan yang berlaku pada perhimpunan, Sabtu lalu, bukan disebabkan tindakan Anwar. 

Sebaliknya, Mursyidul Am Pas itu menuduh pihak berkuasa yang bertindak membuat sekatan pada perhimpunan berkenaan sehingga tercetusnya kekecohan selain menyebabkan ada yang cedera termasuk anggota polis. 

“Kekacauan berlaku pada perhimpunan itu Sabtu lalu kerana berlaku sekatan (oleh anggota keselamatan). Ia (demonstrasi) seperti air turun dari bukit, jangan disekat, kalau sekat akan masuk kampung. Jangan sekat demonstrasi kerana ia hak rakyat. 

“Orang Pas tidak akan buat kacau kerana mereka dididik dengan agama, syurga, neraka dan pahala, namun kalau disekat juga, mereka akan buat masalah nanti,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang di Pusat Tarbiah Islam Kelantan, semalam. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment