My Add

Thursday 17 May 2012

Liverpool pecat Dalglish

LONDON, KHAMIS, 17 Mei, 2012: Kenny Dalglish telah dipecat sebagai pengurus Liverpool, demikian disahkan oleh kelab Liga Perdana Inggeris itu, awal pagi ini.

Bekas pengurus berusia 61 tahun itu sebelum ini telah membawa Liverpool menjuarai Piala Liga serta melangkah ke saingan akhir Piala FA.

Namun Dalglish dihimpit tekanan apabila pasukannya hanya mampu menamatkan saingan di tangga kelapan Liga Perdana kurang 37 mata di belakang juara baru Manchester City.

Malah prestasi Liverpool juga dianggap kurang memuaskan selepas berbelanja besar untuk pemain baru musim lepas dan Dalglish turut dikritik kerana mempertahankan Luis Suarez selepas penyerang Liverpool itu didapati bersalah atas tuduhan hinaan berbentuk perkauman ke atas pemain Manchester United, Patrice Evra.

Dalglish berlepas ke Amerika Syarikat pada Ahad lalu untuk membentangkan laporan akhir musim kepada pemilik kelab tersebut, John Henry dan pengerusi, Tom Werner yang sebelum ini mempertahankan legenda Liverpool itu. - AFP

No comments:

Post a Comment