SHAH ALAM, SELASAA, 01 Mei, 2012: Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang) mengingatkan para belia supaya tidak terjebak dengan perangkap pakatan pembangkang yang sering menjadikan golongan itu sebagai alat untuk mencapai cita-cita politik mereka.
Pengerusinya, Budiman Mohd. Zohdi berkata, mengambil contoh insiden keganasan Bersih 3.0 di ibu negara Sabtu lalu, ia jelas memperlihatkan bagaimana golongan itu sebenarnya telah 'ditipu' oleh pihak penganjur yang kononnya pada peringkat awal mahu mengadakan demonstrasi secara aman.
"Sebaliknya, tiada demonstrasi aman seperti yang dijanjikan oleh pihak penganjur Bersih 3.0. Kita yakin majoriti golongan belia menyertai demonstrasi itu disebabkan janji pihak penganjur sebelum ini yang mahu diadakan secara aman.
"Hakikatnya, mereka sebenarnya telah ditipu pihak penganjur. Kita tidak menolak kemungkinan pihak penganjur Bersih 3.0 itu sememangnya dari awal-awal lagi telah berniat mencetuskan kekacauan serta huru-hara," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment