My Add

Wednesday 2 May 2012

Rempuhan di Dataran Merdeka ekoran arahan Anwar, Azmin

KUALA LUMPUR, SELSA, 01 Mei, 201: Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) mengesahkan rempuhan peserta perhimpunan haram Bersih 3.0 ke dalam kawasan Dataran Merdeka Sabtu lalu adalah tindak balas secara langsung daripada arahan berisyarat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarahnya, Datuk Fuad Hassan berkata, jelas dan nyata, kekecohan peserta bermula sejurus Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali datang ke arah peserta sebagai isyarat rempuh selepas dua kali berturut-turut meminta pengesahan daripada Anwar untuk memulakan rempuhan.

''Dalam video yang dirakam itu memang jelas terdengar suara para peserta Bersih di sekeliling Anwar dan Azmin menyebut 'masuk, Dataran Merdeka boleh masuk, masuk... iaitu selepas sahaja Azmin turun dari kereta yang dipanjat sebagai isyarat rempuh," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment