My Add

Monday 14 May 2012

Mukhriz bidas sikap angkuh kerajaan Pas Kedah

ALOR SETAR, AHAD, 13 Mei, 2012: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir membidas kerajaan Pas Kedah kerana terus bersikap angkuh terhadap krisis kewangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dan keputusan mahu merobohkan Madrasah Salihiah di sini.

Tegas beliau, kerajaan negeri sepatutnya lebih sensitif terhadap keperluan rakyat dan tidak bertindak seolah-olah mahu melanggar hak rakyat dalam isu-isu terbabit.

"Contohnya dalam projek pembinaan sebuah pusat beli-belah Aman Central di sini yang telah mendapat banyak protes daripada semua pihak dan sepatutnya ia boleh diatasi dengan baik.

"Kenapa kerajaan negeri tidak boleh mengikut apa yang telah Kerajaan Persekutuan lakukan semasa pembinaan sebuah pusat beli-belah Mid Valley Megamall dengan tidak merobohkan rumah ibadat di sebelah kompleks tersebut," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment