My Add

Monday 14 May 2012

Teroka peluang baru, bakal ke Myanmar

KUALA LUMPUR, AHAD, 13 Mei, 2012: Axiata Group Bhd. (Axiata) sentiasa aktif mencari peluang-peluang perniagaan dan pasaran baru dalam usahanya menjadi syarikat telekomunikasi terbaik di rantau ini menjelang 2015.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Jamaludin Ibrahim berkata, sungguhpun pihaknya aktif mencari peluang-peluang baru yang baik termasuk rancangan memasuki pasaran Myanmar tetapi pendekatan yang diambil tidaklah agresif.

‘‘Penilaian (peluang-peluang baru) perlu dibuat secara baik untuk memastikan ia dapat memberikan manfaat kepada kumpulan secara keseluruhannya.

“Apa yang penting adalah mengukuhkan kedudukan kewangan kami sebelum menerokai pasaran baru yang lain untuk mengembangkan perniagaan," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di sini.

Jamaludin menyifatkan 2012 sebagai tahun mencabar dan menarik kepada Axiata dengan terdapatnya perubahan ketara yang memberi kesan kepada industri termasuk dalam gelagat pengguna, demografi, peningkatan pesat dalam telefon pintar dan pesaing baru bukan tradisional dan sebagainya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment