My Add

Sunday 13 May 2012

Reaksi positif PM untuk bina lapangan terbang baru Lawas

KUCHING, AHAD, 13 Mei, 2012: Permohonan kerajaan negeri Sarawak bagi pembinaan sebuah lapangan terbang baru di Lawas, daerah paling utara di Sarawak, mendapat reaksi positif dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Menteri Kemudahan Awam Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hari ini berkata, sekiranya lapangan terbang baru itu siap kelak, ia bukan saja memberi kemudahan kepada penduduk Lawas, malah penduduk di bahagian selatan Sabah, Brunei dan Kalimantan, Indonesia.

"(Cadangan pembinaan lapangan terbang baru) ini sudah kita kemukakan kepada Perdana Menteri dan kita sudah ada bayangan ianya akan diberi keutamaan dalam Rancangan Malaysia Ke-10," katanya pada satu sidang media selepas menjadi tetamu rancangan "Selamat Pagi Malaysia" terbitan Radio Television Malaysia (RTM) di sini.

Beliau berkata, kerajaan negeri sudah mengenal pasti tapak untuk pembinaan lapangan terbang baru itu yang dicadangkan untuk menampung pendaratan pesawat jenis ATR-72. 

Katanya, lapangan terbang yang sedia ada sekarang di Lawas hanya mampu mengendalikan pesawat kecil jenis Twin Otter. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment