My Add

Sunday 27 May 2012

Noh Omar patut 'jaga' kementeriannya: Khalid Ibrahim

ERNEDA PASOLA
SABAK BERNAM, AHAD, 27 Mei, 2012: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan melayan cabaran Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang mahu beliau minum air dari empangan atau mana-mana sungai di negeri itu untuk membezakan air mentah dan air terawat.

Abdul Khalid berkata, cabaran yang dikemukakan itu tidak perlu diendahkan kerana Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu tidak mempunyai kepakaran dalam bidang air.

Katanya, Noh sepatutnya memberikan tumpuan dalam menyelesaikan isu National Feedlot Corporation (NFC) daripada mencampuri urusan air di negeri Selangor.

"Ada banyak perkara dalam Kementerian Pertanian dia tidak jaga, pasal lembu juga dia tidak jaga. Jadi kalau dia beri tumpuan pada kementerian dan NFC, itu adalah lebih baik daripada masuk ke satu arena lain.

"Kita akan bagi penghormatan jika beliau boleh selesaikan isu NFC itu," katanya dalam sidang media mengulas laporan muka depan Sinar Harian mengenai kenyataan Noh yang sanggup menerima cabaran melawat empangan dengan syarat Abdul Khalid minum air dari empangan atau mana-mana sungai di negeri ini.

Memetik laporan itu, Noh berkata, buat masa ini terdapat 34 loji rawatan air di Selangor yang mampu mengeluarkan air terawat sebanyak 4,371 juta liter sehari manakala keperluan air terawat di Selangor ialah 4,322 juta liter sehari.

Ditanya mengenai analogi 'padi dan beras' yang diguna Noh bagi memudahkan rakyat memahami perbezaan antara air mentah dan air yang dirawat, Abdul Khalid berkata, ia menandakan Ahli Parlimen Tanjong Karang itu sendiri tidak faham mengenai isu tersebut.

“Kalau tak faham air terawat, kita akan ajar. Sebab itu masa kita buat, penilaian yang pertama ialah berapa jumlah air mentah, selepas itu kita terangkan bagaimana air mentah jadi air terawat dan apakah masalah pengurusan yang berlaku," katanya lagi. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment