My Add

Monday 14 May 2012

Nor Syafiqah, Mohd. Firdaus juara Gerbang Cinta Musim Ke-3

*NOR Syafiqah Syahirah Mohamed dan Mohd. Firdaus Mohd. Fauzi.

KUALA LUMPUR, AHAD, 13 Mei, 2012: Penantian selama enam tahun untuk mengakhiri perhubungan dengan ikatan pertunangan nyata ada hikmah kepada pasangan Nor Syafiqah Syahirah Mohamed, 25, dan Mohd. Firdaus Mohd. Fauzi, 27, apabila mereka dinobatkan sebagai juara Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia Musim Ke-3. Nor Syafiqah berasal dari Senggarang, Batu Pahat, Johor manakala Mohd. Firdaus dari Kangar, Perlis.

Kemenangan itu menjadikan mereka pasangan paling bertuah daripada lebih 10,000 peserta yang menyertai peraduan anjuran Utusan Malaysia melalui sisipan Mega, bermula pertengahan November lalu.

Mereka turut mengatasi sembilan pasangan lain yang berjaya ke peringkat akhir selepas memperoleh markah tertinggi hasil penilaian oleh pihak juri pada sesi tugasan khas baru-baru ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment