My Add

Saturday 19 May 2012

Orang kuat Pas peluk ADUN UMNO


*ABU Bakar Haron (kiri) dipeluk Mohd. Zain Jusoh yang merupakan Imam Masjid Chini Timur 2 dan AJK Pas cawangan Chini di Felda Chini Timur 3 selepas majlis penyampaian cek durian runtuh Felda bagi fasa pertama di Dewan Orang Ramai Felda Chini Timur 3, di Pekan, semalam.

PEKAN, JUMAAT, 18 Mei, 2012: Mohd. Zain Jusoh, peneroka dari rancangan Felda Chini Timur 2 dan Othman Abd. Ghani, 59, dari Chini Timur 3 dikenali sebagai 'orang kuat' Pas dan mereka turut mempunyai jawatan di peringkat cawangan masing-masing.

Namun hari ini kedua-duanya adalah orang yang paling erat memeluk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Abu Bakar Haron walaupun mereka berbeza fahaman politik.

Segalanya disebabkan pemberian cek durian runtuh RM5,000 sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) yang disampaikan Abu Bakar kepada Mohd. Zain dan Othman bersama 3,348 ketua isi rumah di Gugusan Felda Chini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment