My Add

Saturday, 19 May 2012

Anwar sekali lagi 'larikan diri' daripada Ummi Hafilda

LARUT, JUMAAT, 18 Mei, 2012: Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi 'melarikan diri' daripada Ummi Hafilda Ali apabila kedua-duanya 'bertembung' malam ini.

Anwar yang berceramah di Kampung Perak terletak kira-kira 100 meter daripada tempat Ummi Hafilda mengadakan ceramahnya di Kampung Paya, meninggalkan majlis tersebut pukul 10.50 malam walaupun ia dijadual berakhir pada pukul 12 tengah malam.

Difahamkan ini kali keenam Anwar 'melarikan diri' selepas beberapa pertembungan yang berlaku antaranya di Rumpun Makmur, Pahang; Bukit Besi, Terengganu, Batu Gajah dan Parit Buntar, Perak.

Majlis ceramah Anwar juga kurang mendapat sambutan apabila hanya beberapa penyokong pembangkang menghadirinya manakala lebih 2,000 orang memenuhi ceramah Ummi Hafilda.

Ummi Hafilda dalam ceramahnya sesekali sebak dan menangis apabila mendapat maklumat bahawa Anwar ketika berceramah di kampung bersebelahan mendakwa media cetak UMNO dibayar untuk memperalatkan ibunya, Che Tom Yahaya bagi memalukan abangnya, Azmin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment