My Add

Saturday 12 May 2012

Pandangan rakyat lengkapkan pelan transformasi pendidikan

KUALA LUMPUR, SABTU, 12 Mei, 2012: Kementerian Pelajaran memerlukan pandangan dan maklum balas pelbagai pihak bagi melengkapkan penyediaan dokumen Pelan Hala Tuju Pendidikan Negara sebelum ia dimuktamadkan menjelang Julai ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ghafar Mahmud berkata, usaha mengumpul pandangan pelbagai pihak penting bagi membantu menyediakan rangka tindakan dokumen dan langkah terbaik bagi melaksanakan rancangan tersebut.

Menurutnya, setakat ini, kementerian sudah mendapat maklum balas daripada kumpulan sasaran pertama terdiri daripada warga pendidik seperti guru, pengetua dan tokoh pendidik.

"Dalam tempoh masa lapan minggu ini, kita akan cuba masukkan lebih ramai penyertaan daripada kumpulan berbeza agar terlibat sama dalam merangka pelan strategik pendidikan sebelum ia siap menjelang Julai nanti,'' katanya selepas merasmikan Seminar Kepimpinan dan Transformasi Pendidikan anjuran Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment