My Add

Monday 7 May 2012

Pandelela raih emas di Grand Prix Terjun Montreal

KUALA LUMPUR, ISNIN, 07 Mei, 2012: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong turut mengutip emas pada kejohanan Grand Prix Terjun Montreal selepas gandingan Bryan Nickson Lomas-Huang Qiang melakukannya, Sabtu lalu.

Semalam, Pandelela yang baru dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan 2011 memperoleh emas menerusi acara 10 meter platform dengan kutipan mata 379.70, iaitu kutipan mata tertinggi pernah dicatatkan beliau setakat ini.

Anak jati Sarawak itu mengetepikan cabaran dua jaguh yang pernah ditewaskannya pada Sukan Komanwel New Delhi dua tahun lalu, Roseline Filion (364.85) dari Kanada dan penerjun Australia, Melissa Wu (360.25) masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Manakala, pemenang gangsa Kejohanan Dunia Rome 2009, Kang Li dari China pula sekadar di tangga keempat dengan catatan 357.00 kiraan mata. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment