My Add

Monday 14 May 2012

Pas tetap mahu Hudud walau DAP bantah

SHAH ALAM, AHAD,13 Mei, 2012: Pas tetap akan melaksanakan Hukum hudud di negara ini meskipun mendapat bantahan daripada rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad berkata, walaupun mereka sekutu, tidak bermakna Pas tidak boleh menyatakan prinsipnya untuk melaksanakan Hudud tersebut.

"Yang paling penting ialah Pas teruskan usaha untuk mendapatkan sokongan masyarakat termasuk menerangkan isu sebenar mengenai agenda bagi melaksanakan Hudud," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang membidas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung cadangan Pas yang mahu melaksanakan Hudud.

Malah kata Karpal, Pas tidak berhak bercakap bagi pihak pakatan pembangkang bahawa mereka akan melaksanakan hukum Hudud jika memerintah negara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment