My Add

Monday 21 May 2012

Pekerja kilang maut langgar belakang forklift

BUTTERWORTH, ISNIN, 21 Mei, 2012: Seorang pekerja kilang yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 134.9 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara berhampiran Seberang Jaya di sini, hari ini. 

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Seberang Perai Tengah, Asisten Superintendan S Manogaran, berkata mangsa Mohd Sabri Zainul, 39, dari Tasek Gelugor di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

"Kemalangan berlaku pada jam 11.50 pagi apabila motosikal yang ditunggang mangsa melanggar bahagian belakang forklift yang dipandu seorang lelaki menyebabkan mangsa jatuh ke lorong kanan jalan sebelum bergesel dengan sebuah bas.

"Mangsa yang cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment