My Add

Sunday 27 May 2012

Pelatih PLKN pindah

Oleh SITI FATIMAH HASSAN
KOTA BHARU, AHAD, 27 Mei, 2012:: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan memindahkan 248 pelatih Kem Tangkas Kendiri, Kuala Kangsar, Perak ke tiga negeri berikutan kem terbabit diberikan notis sita oleh Mahkamah Tinggi Taiping, minggu lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, semua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) itu akan dipindahkan esok ke tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak.

Katanya, kem di tiga negeri itu dilihat mampu menampung kemasukan pelatih Kem Tangkas Kendiri kerana setiap satunya mempunyai tenaga pengajar dan kelengkapan mencukupi.

“Mereka akan bergerak ke kem baru masing-masing pada pagi Isnin ini (esok) dan ibu bapa dimaklumkan mengenai perpindahan itu.

“Jurulatih di Kem Tangkas juga akan dipindahkan ke beberapa kem lain yang dikenal pasti,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas Kem PLKN Tangkas Kendiri dikeluarkan notis sita pada 22 Mei lalu kerana pengusaha kem gagal membayar hutang kepada sebuah syarikat pembekal. - Metro

No comments:

Post a Comment