My Add

Tuesday 1 May 2012

Pengerusi NFCorp lapor kepaa BNM

KUALA LUMPUR, ISNIN, 30 April, 2012: Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail membuat laporan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai tindakan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli yang didakwa melakukan 21 kesalahan mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) 1989.

Mohamad Salleh berkata, laporan tersebut terdiri daripada bukti-bukti mengenai kesalahan didakwa dilakukan oleh Rafizi termasuk rakaman sidang akhbar yang dilakukannya pada 7 Mac lalu. 

''Laporan kami hanya tertumpu kepada Rafizi, bukan kepada sesiapa yang lain. Kami tidak pernah menyebut nama lain selain beliau.

''Beliau yang menimbulkan masalah ini dan menyebarkan masalah ini kepada orang lain,'' katanya kepada pemberita di lobi BNM di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment