*KETUA Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menunjukkan gambar yang dimanipulasikan oleh pihak tertentu mengenai gambaran Perhimpunan BERSIH 3.0 ketika sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA
Oleh WAN NOORHAYATI WAN
ALIAS dan ILAH HAFIZ AZIZ
KUALA LUMPUR, ISNIN, 30 April, 2012: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menayangkan rakaman video perhimpunan Bersih 3.0 di sekitar ibu negara kelmarin, sebagai bukti peserta perhimpunan itu yang terlebih dahulu memulakan provokasi dengan merusuh dan merempuh sekatan serta melanggar perintah mahkamah untuk memasuki Dataran Merdeka.
Tindakan agresif para peserta tersebut menyebabkan pihak berkuasa terpaksa mengambil tindakan sewajarnya dengan menggunakan meriam air dan melepaskan gas pemedih mata bagi mengelakkan insiden yang lebih buruk.
Rakaman yang dipertontonkan kepada puluhan wakil media termasuk portal berita propembangkang itu turut dimuat naik ke laman sosial Facebook PDRM hari ini bagi memberi peluang orang ramai menilai sendiri kejadian sebenar yang berlaku. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment